Friday 3 May 2013

Bengkel Kerja PdP Bahasa Melayu SPM 2013

Tarikh :   3 dan 4 Mei 2013
Tempat :   Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara
Anjuran :   Jabatan Pelajaran Negeri Johor  (JPNJ)


Suasana pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 semakin hangat.  Setiap warga begitu teruja untuk menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan.  Antara tuntutan yang pelbagai itu kami PPMP Bahasa Melayu dituntut untuk melunaskan Modul PdP Bahasa Melayu SPM 2013. Demi kecemerlangan anak bangsa, kami sabar melunasi tugas yang diamanahkan tanpa sebarang rungutan yang mungkin akan menghangatkan suasana.  Kami berbengkel di PLGDP di Bandar Tenggara yang aman dan sunyi daripada hiruk-pikuk kota.


Suasana tenang di sini buat hati saya tenang dan berbunga

Udara segar di sini buat saya lupa sebentar  selumbar kehidupan

Indahnya lukisan alam di sini memberi saya warna hidup

Kesunyian di daerah ini ubat ketenangan buat saya

Di kamar ini saya beristirahat. Hanya semalam saja

Bersama-sama Asmah dan Mazlina

Teman-teman  'Kaki Jalan'.  Saya nak ikut awak ke Jalan TAR

Kaki Jalan yang serius apabila bekerja

Kerjasama antara kami memang terbaik!

Aishah,  rakan Pasukan J2000

Asmah yang lucu... hahaha... Saya nak jadi macam awak!



Jehan, awak berangan ke buat kerja?

Comel tak Kak Ton!













Bersama-sama Puan Maimunah Samat, Pegawai Bahasa JPNJ
yang akan bersara pada Julai 2013

Tidak ada yang terlewat untuk mempelajari sesuatu ilmu.  Tahniah, Umi!




No comments:

Post a Comment