Thursday 23 May 2013

Majlis Persaraan Encik Woon Kheng Sin

Seorang lagi, guru SMKTSK telah purnabakti mulai hari ini.  Saya dapat rasakan gembiranya beliau kerana jelas terpancar pada riak wajah dan senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya.  Dalam usia 58 tahun guru ini masih sihat dan sentiasa tenang.  Tak pernah tinggi suara dan amat popular dalam kalangan pelajar.  Setiap kali kemunculan beliau di pentas, sorakan gemuruh pasti mengiringi langkah beliau.  Selamat bersara Encik Woon. Semoga gembira dengan hobi cikgu yang suka melancong.

No comments:

Post a Comment