Monday 17 December 2012

Ziarah ke Kota Singa



Hasrat untuk membawa anak-anak ke bumi Temasik yang kini dikenali sebagai Singapura akhirnya tercapai. Setelah puas duduk di rumah sepanjang cuti persekolahan kerana saya mesti fokus kepada kerja-kerja pemeriksaan.  Saya memilih Universal Studios Singapore sebagai destinasi pertama di bumi yang dahulunya sebahagian daripada  negara kita Malaysia.  Saya menyertai lawatan sehari guru-guru SMK Taman Kluang Barat, Kluang pada Sabtu, 15 Disember 2012, bersama BERJAYA88TRAVEL.  Bas Pelancongan Kwok Ping Travel & Tours Sdn. Bhd membelah kesyahduan pagi seawal jam 6.30 pagi.

Selepas berhenti menikmati kudapan di Gelang Patah kami merentas Tambak Johor.  Selesai urusan pemeriksaan imigresen, kami terus menyusuri negara yang indah dan sangat terpelihara kebersihannya ini sehinggalah sampai ke destinasi tujuan dengan perasaan yang sangat teruja.  Satu hal yang menarik perhatian saya ialah kecantikan dan kebersihan setiap inci buminya.











Banyak tempat menarik yang kami jelajahi di Kota Singa ini.  Antaranya:

1     MADAGASCAR

Di sini kami dibawa menaiki bot untuk mengembara dan mengenali watak-watak dalam filem Madagascar iaitu Alex, Marry, Melman dan Gloria.  Situasi di sini sangat menarik tetapi sayang kami dilarang merakamkan sebarang gambar.







2     FAR FAR AWAY

Seterusnya, kami menjejak kawasan Far Far Away selepas menaiki roller coaster.  Di sini kami berpeluang menyaksikan Sherk 4-D Adventure dengan melihat, mendengar dan merasai pengalaman sebenar pengembaraan Puteri Fiona dan Shrek.  Seterusnya, kami dibawa melihat penggambaran sebenar adegan pertempuran di laut di panggung yang begitu unik binaannya.









3     THE LOST WORLD

The Lost World membawa kami ke Jurasic Park Rapids Adventure.  Kami dibawa menyusuri sungai yang penuh cabaran dengan 'river rafc ride' melalui kawasan habitat dinosaur.  Di sini kami diingatkan supaya memakai baju plastik kerana kemungkinan besar kita akan disimbah air.









4     SESAME STREET


















5     ANCIENT EGYPT

Ancient Egypt menghidangkan pelbagai replika binaan yang terdapat di Mesir yang membuatkan kita terasa benar-benar berada di negara Timur Tengah itu.











6      NEW YORK

New York merupakan jalan raya yang ditutup pada setiap hari Sabtu dan kawasan lapang di sekitarnya  menjadi tumpuan pelancong.  Pelancong berpeluang menyaksian persembahan tarian moden oleh sekumpulan pemuda.  Persembahan mereka sangat menghiburkan dan memukau.  Komitmen pelancong juga sangat baik terutamanya pelancong dari Indonesia.