Monday 2 November 2015

Aduhai anak, anak...

Hari pertama medan peperangan minda SPM bermula.  Debaran hati ini tentu sekali bagai ombak di lautan. Sebagai ibu kepadamu anak-anak didikku pastinya doaku mengiringi semoga kalian dapat mencanai minda untuk menuliskan sasaran yang tepat.

kuusahakan menemui anak-anak yang sering menyimpang sasarannya dengan pesanan elakkan diri daripada menjawab soalan antarabangsa, kurayu dan kubisikkan kepadamu hingga ke saat akhir kaumelangkah masuk ke medan juang. 

Namun selepas jam 10.30 pagi mengapa soalan itu juga yang kaupilih? Mengapa pesanan dan nasihat itu tidak berjaya menyentuh hatimu anak-anakku? 









Menjelang Maghrib, sesalku makin menyesak dada. Kuterima sms ini:

Cikgu,
Karangan Bahagian B saya telah pilih soalan 4... Dan out of topic
( Siapa ni. Boleh cikgu tahu? )
**** ***** Cikgu
( Dah tak perlu fikir.  Bertawakal saja )
Nanti dapat keputusan buruk.  Tidak boleh membalas jasa cikgu...
( Jangan susah hati ya.  Fokus kepada subjek yang seterusnya )
Cikgu, kalau out of topic markahnya berapa?
( **** ***** sudah jangan fikir lagi. Fokus untuk subjek esok dan mesti berhati-hati )