Tuesday 30 April 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012

Tarikh     :     30 April 2013
Masa      :     2.00 petang
Tempat   :     Dewan Sri Baiduri SMK Taman Seri Kluang
Perasmi  :     Tuan Haji A Manaf bin Muslim, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang


Buku Program


Sekapur Sirih

Pengetua SMK Taman Seri Kluang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan kurnia-Nya, SMK Taman Seri Kluang dapat mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2012.  Saya berharap majlis ini menjadi wadah motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.  Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan kerana tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan.

Majlis Anugeraah Cemerlang ini diadakan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada para pelajar yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa dalam mengejar kejayaan sama ada dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.  Majlis ini sesungguhnya menjadi lebih bermakna kerana penerima anugerah disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa.  Secara tidak langsung majlis ini akan memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa besarnya peranan mereka dalam usaha menjana modal insan cemerlang dan komitmen mereka di pentas pendidikan.

Akhir kata, saya berharap agar majlis ini akan dapat dijalankan dengan jayanya.  Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah membina asas yang kukuh untuk menjadi tonggak yang teguh kepada keutuhan dan kemajuan negara.  Jutaan terima kasih khusus kepada warga kerja yang terlibat dalam merealisasikan majlis ini.  Guru-guru perlu terus berjuang demi mendidik dan membimbing sahsiah pelajar.  Semoga segala usaha yang kita semai akan membuahkan hasil yang manis apabila dituai kelak.  Sekian Terima Kasih.






Bersama-sama  Ketua Pelajar SMKTSK 2012:
Mohd Syafiq Affifuddin bin Mohd Fadzil 

Bersama-sama Penerima Anugerah Seri Gemilang ( Pelajar Terbaik 2012):
Nurul Fazira binti Sa'at
Bersama-sama Penulis Muda :
Nor Adibah binti Zailan

Bersama-sama Puteri Sri Mersing yang menyerlah di Seri Kluang :
Balveen Kaur Sokhal a/p Jasbir Singh

No comments:

Post a Comment