Saturday, 23 March 2013
Latihan Novel Kabus di Perbukitan
Latihan 1
Huraikan tema novel Kabus di Perbukitan. Isikan tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai.
Saturday, 9 March 2013
Karnival Bahasa Melayu (SM) peringkat Daerah Kluang
Karnival Bahasa Melayu yang berlangsung pada 5 Mac 2013 hingga 7 Mac 2013 telah menutup tirai dengan jayanya. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan Ketua Panitia yang telah memberi komitmen yang amat tinggi dalam menjayakan semua pertandingan. Teristimewa buat sekolah-sekolah yang menjadi tuan rumah:
Encik Abdul Hamid bin Abdul Rahim - SMK Seri Lalang - Bahas Ala Parlimen
Puan Nor Azariyah binti Mohd Zin - SM Sains Sembrong - Deklamasi Puisi
Puan Che Wan Roslina binti Che Wan Yem - SMK Seri Intan - Forum Remaja
Puan Nor Suhaili binti Mohd Noh - SMK Cannosian Convent - Pidato Piala KPM dan Pidato Pra U
Puan Azah Adibah binti Hassan - SMK Seri Sembrong - Pesta Pantun
Segala jasa baik yang telah tuan puan berikan akan harum mewangi semerbak di pentas pendidikan terutamanya bagi daerah Kluang. Semoga sekolah-sekolah yang muncul juara yang bakal beradu minda dalam Karnival Bahasa Melayu peringkat Negeri Johor akan menempa kejayaan.
Semoga kerjasama erat antara kita akan mencambahkan jalinan silaturahim demi kelangsungan budaya bangsa Melayu agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Penghargaan Khas Buat Encik Izzudin bin Ihsan, Penolong PPD Koakademik.
Pembahas-pembahas SMK Taman Seri Kluang
yang mempunyai swadaya yang tinggi. Syabas dan Tahniah!
Pembahas Ketiga yang petah berbicara
menyangkal hujah penuh berhemah..
Usaha gigih akhirnya berjaya, tempat ketiga diraih jua
Bersama-sama Guru Pembimbing, Puan Shuhana binti Muhamed. Terima Kasih, Cikgu. |
Piala kenangan, tanda berjaya, Pembakar semangat.
Pada tahun hadapan, kami cuba jadi juara!
Saturday, 2 March 2013
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-37, SK Tunku Mahmood 2, Kluang
Tarikh : Sabtu, 2 Mac 2013
Tempat : Dewan Sri Mahkota, SK Tunku Mahmood 2, Kluang
Perasmi : Yang Berbahagia, Dato' Khairul Anwar bin Rahmat,
Pengerusi SukaGuam Malaysia
Tempat : Dewan Sri Mahkota, SK Tunku Mahmood 2, Kluang
Perasmi : Yang Berbahagia, Dato' Khairul Anwar bin Rahmat,
Pengerusi SukaGuam Malaysia
![]() |
| Ketibaan Tetamu Kehormat |
![]() |
| Tetamu Kehomat, Yang Berbahagia, Dato' Khairul Anwar bin Rahmat, Pengerusi SukaGuam Malaysia |
![]() |
| Persembahan Koir daripada Kumpulan Koir SK Tunku Mahmood 2, Kluang |
![]() |
| Ucapan Alu-aluan Tuan Haji Zulkafli bin Mat Rani, Yang Dipertua PIBG SKTM 2, Kluang |
![]() |
| Ucapan Yang Berusaha, Encik Samedon bin Abdullah, Guru Besar, SKTM 2, Kluang |
![]() |
| Penyampaian Anugerah 5A UPSR 2012 |
![]() |
| Mesyuarat Agung PIBG ke-37 |
Lapangan Terbang Senai
Friday, 1 March 2013
Dedikasi Buat Seorang Guru
Dedikasi Buat Puan Hajah Saffiah binti Omar
(Bersara pada 2 Mac 2013)
Segala-galanya bermula pada tarikh keramat ini. Lembaran sejarah tercatat pada 2 Mac 1957 di daerah yang terkenal dengan adat pepatih iaitu Johol, Negeri Sembilan. Lahirnya insan yang bakal mewarnai pentas pendidikan dengan penuh tabah dan rela. Puteri yang bertuah ini diberi nama Saffiah binti Omar yang bermaksud kelembutan.
Kerjaya beliau sebagai seorang guru dilakar dan diukir seawal tahun 1979 di Sekolah Tinggi Kluang. Dari Sekolah Tinggi kluang, beliau bertukar ke SMK Jalan Batu Pahat yang kini dikenali sebagai SMK Tun Hussein Onn pada tahun 1981. Seterusnya beliau meneruskan khidmat bakti di SMK Skudai pada tahun 1986. khidmat beliau tidak terhenti di sini, ilmu yang ada di dada disemai kepada anak didik di SMK Paduka Tuan, Segamat pada tahun 1986. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya kembali ke belakang kerbau jua. Begitulah beliau, beliau kembali bertugas di SMK Tun Hussein Onn Kluang pada tahun 1987.
Destinasi kembara ilmu beliau berakhir di SMK Taman Sri Kluang dari tahun 2005 hingga tanggal 1 Mac 2013.
Pengalaman telah mendewasakan beliau dengan pelbagai detik manis. Antara detik manis dalam hidup beliau ialah beliau dan pasangannya Haji Hamzah bin Haji Amir telah dikurniakan sepasang cahaya mata kembar Norzahidah dan Norzahirah 26 tahun yang lalu yang juga bertugas sebagai guru, manakala anak ketiga dan keempat, Syahmin dan Afdah bekerja sendiri dan anak bongsu beliau Nurul Nadia masih menuntut di Kolej Universiti Islam Malaysia. Sebagai guru Puan Hajah Saffiah begitu gembira apabila anak-anak didiknya mengukir kejayaan yang gemilang.
Mengenali Puan Hajah Saffiah binti Omar ialah detik manis bagi setiap teman dan taulan. Guru yang amat disenangi oleh anak didiknya ini gemar bermain bandminton untuk mengisi waktu luang beliau. Bertubuh kecil molek tetapi suka menikmati makanan. Makanan kegemaran beliau ialah puding dan sayur chop chai manakala horlicks ialah minuman pilihan.
Dalam meniti usia persaraan Puan Hajah Saffiah merancang untuk mendalami ilmu agama dan hidup tenang di samping keluarga tercinta. Kami mendoakan agar kehidupan Puan Hajah Saffiah terus diberkati dari dunia hingga ke syurga.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Saya bacakan biografi ini sempena Majlis Persaraan Puan Hajah Saffiah binti Omar di Dewan Sri Baiduri, SMK Taman Seri Kluang, Kluang, Johor
Friday, 8 February 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
















