Showing posts with label manusia mati meninggalkan nama. Show all posts
Showing posts with label manusia mati meninggalkan nama. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

Majlis Penganugerahan Watikah Pemimpin-pemimpin Kecil, SK Tunku Mahmood 2, Kluang


Tarikh      :     13 April 2013
Tempat    :     Dewan Sri Mahkota, SK Tunku Mahmood 2
Perasmi   :     Yang Setia, Major Ali Zakafri bin Ab. Aziz, 
                     Ketua Cawangan Operasi dan Pengajian Institut Tentera 
                     Medan Tentera Darat Diraja Malaysia


Ketibaan Tetamu Kehormat
Yang Setia Major Ali Zakafri bin Ab Aziz


Koir SK Tunku Mahmood 2, Kluang


Tetamu Kehormat, Yang Setia Major Ali Zakafri bin Ab. Aziz


Upacara Menandatangani Watikah


Penyampaian Watikah


Bacaan Ikrar oleh
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Darjah


Terima kasih, daun keladi


Saturday, 2 March 2013

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-37, SK Tunku Mahmood 2, Kluang

Tarikh     :     Sabtu, 2 Mac 2013
Tempat   :     Dewan Sri Mahkota, SK Tunku Mahmood 2, Kluang
Perasmi  :     Yang Berbahagia, Dato' Khairul Anwar bin Rahmat,
                    Pengerusi SukaGuam Malaysia

Ketibaan Tetamu Kehormat

Tetamu Kehomat, Yang Berbahagia, Dato' Khairul Anwar bin Rahmat,
Pengerusi SukaGuam Malaysia

Persembahan Koir daripada Kumpulan Koir
SK Tunku Mahmood 2, Kluang

Ucapan Alu-aluan Tuan Haji Zulkafli bin Mat Rani,
Yang Dipertua PIBG SKTM 2, Kluang

Ucapan Yang Berusaha, Encik Samedon bin Abdullah,
Guru Besar, SKTM 2, Kluang

Ucapan Perasmian oleh
Yang Berbahagia, Dato' Khairul Anwar bin Rahmat


Petikan menarik daripada ucapan beliau:

Ramai orang boleh beli bantal
Tak semua orang boleh beli tidur yang nyenyak

Ramai orang boleh beli jam
Tak semua orang boleh beli masa

Ramai orang boleh beli ubat
Tak semua orang boleh beli kesihatan
Penyampaian  Anugerah 5A UPSR 2012

Mesyuarat Agung PIBG ke-37


Friday, 1 March 2013

Dedikasi Buat Seorang Guru

Dedikasi Buat Puan Hajah Saffiah binti Omar (Bersara pada 2 Mac 2013) Segala-galanya bermula pada tarikh keramat ini. Lembaran sejarah tercatat pada 2 Mac 1957 di daerah yang terkenal dengan adat pepatih iaitu Johol, Negeri Sembilan. Lahirnya insan yang bakal mewarnai pentas pendidikan dengan penuh tabah dan rela. Puteri yang bertuah ini diberi nama Saffiah binti Omar yang bermaksud kelembutan. Kerjaya beliau sebagai seorang guru dilakar dan diukir seawal tahun 1979 di Sekolah Tinggi Kluang. Dari Sekolah Tinggi kluang, beliau bertukar ke SMK Jalan Batu Pahat yang kini dikenali sebagai SMK Tun Hussein Onn pada tahun 1981. Seterusnya beliau meneruskan khidmat bakti di SMK Skudai pada tahun 1986. khidmat beliau tidak terhenti di sini, ilmu yang ada di dada disemai kepada anak didik di SMK Paduka Tuan, Segamat pada tahun 1986. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya kembali ke belakang kerbau jua. Begitulah beliau, beliau kembali bertugas di SMK Tun Hussein Onn Kluang pada tahun 1987.

Destinasi kembara ilmu beliau berakhir di SMK Taman Sri Kluang dari tahun 2005 hingga tanggal 1 Mac 2013. Pengalaman telah mendewasakan beliau dengan pelbagai detik manis. Antara detik manis dalam hidup beliau ialah beliau dan pasangannya Haji Hamzah bin Haji Amir telah dikurniakan sepasang cahaya mata kembar Norzahidah dan Norzahirah 26 tahun yang lalu yang juga bertugas sebagai guru, manakala anak ketiga dan keempat, Syahmin dan Afdah bekerja sendiri dan anak bongsu beliau Nurul Nadia masih menuntut di Kolej Universiti Islam Malaysia. Sebagai guru Puan Hajah Saffiah begitu gembira apabila anak-anak didiknya mengukir kejayaan yang gemilang. Mengenali Puan Hajah Saffiah binti Omar ialah detik manis bagi setiap teman dan taulan. Guru yang amat disenangi oleh anak didiknya ini gemar bermain bandminton untuk mengisi waktu luang beliau. Bertubuh kecil molek tetapi suka menikmati makanan. Makanan kegemaran beliau ialah puding dan sayur chop chai manakala horlicks ialah minuman pilihan.

Dalam meniti usia persaraan Puan Hajah Saffiah merancang untuk mendalami ilmu agama dan hidup tenang di samping keluarga tercinta. Kami mendoakan agar kehidupan Puan Hajah Saffiah terus diberkati dari dunia hingga ke syurga. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Saya bacakan biografi ini sempena Majlis Persaraan Puan Hajah Saffiah binti Omar di Dewan Sri Baiduri, SMK Taman Seri Kluang, Kluang, Johor