Tuesday, 30 April 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012

Tarikh     :     30 April 2013
Masa      :     2.00 petang
Tempat   :     Dewan Sri Baiduri SMK Taman Seri Kluang
Perasmi  :     Tuan Haji A Manaf bin Muslim, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang


Buku Program


Sekapur Sirih

Pengetua SMK Taman Seri Kluang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan kurnia-Nya, SMK Taman Seri Kluang dapat mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2012.  Saya berharap majlis ini menjadi wadah motivasi kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.  Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan kerana tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan.

Majlis Anugeraah Cemerlang ini diadakan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada para pelajar yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa dalam mengejar kejayaan sama ada dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.  Majlis ini sesungguhnya menjadi lebih bermakna kerana penerima anugerah disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa.  Secara tidak langsung majlis ini akan memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa besarnya peranan mereka dalam usaha menjana modal insan cemerlang dan komitmen mereka di pentas pendidikan.

Akhir kata, saya berharap agar majlis ini akan dapat dijalankan dengan jayanya.  Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah membina asas yang kukuh untuk menjadi tonggak yang teguh kepada keutuhan dan kemajuan negara.  Jutaan terima kasih khusus kepada warga kerja yang terlibat dalam merealisasikan majlis ini.  Guru-guru perlu terus berjuang demi mendidik dan membimbing sahsiah pelajar.  Semoga segala usaha yang kita semai akan membuahkan hasil yang manis apabila dituai kelak.  Sekian Terima Kasih.






Bersama-sama  Ketua Pelajar SMKTSK 2012:
Mohd Syafiq Affifuddin bin Mohd Fadzil 

Bersama-sama Penerima Anugerah Seri Gemilang ( Pelajar Terbaik 2012):
Nurul Fazira binti Sa'at
Bersama-sama Penulis Muda :
Nor Adibah binti Zailan

Bersama-sama Puteri Sri Mersing yang menyerlah di Seri Kluang :
Balveen Kaur Sokhal a/p Jasbir Singh

Sunday, 28 April 2013

Novel Melunas Rindu

Tema

      Tema novel Melunas Rindu ialah kasih sayang.  Tema ini ditunjukkan melalui watak utamanya, Fuad.  Fuad amat menyayangi ibu kandungnya.  Dia berusaha mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.  Akhirnya dia dapat bertemu dengan ibu kandungnya, Mariana.  

      Selain itu, dia juga menyayangi ibu dan bapa angkatnya.  Dia membantu Mak Salmah mencari kayu api untuk memasak.  Dia membelikan Pak Ismail sebidang tanah untuk bercucuk tanam dan motosikal untuk memudahkannya pergi ke surau.

Persoalan

1. Tanggungjawab dalam keluarga
    Fuad bertanggungjawab terhadap keluarga angkatnya dengan menziarahi mereka di Pahang.

2. Tidak amanah terhadap tugas
    Cikgu Zamani tidak menjalankan tugas terhadap anak-anak muridnya.  Dia tidak masuk ke dalam kelas                    sebaliknya menghabiskan masa di bilik guru.

3. Berbudi kepada tanah
  Fuad membeli sebidang tanah terbiar milik Awang Sojar dengan harga sepuluh ribu ringgit.  tanah itu       ditanaminya jagung

4. Kepentingan ilmu
    Fuad dan Farhana telah bekerjasama mengadakan kelas tambahan untuk mengajar anak-anak muridnya menguasai bahasa Inggeris.

5. Kasih sayang yang terhalang
    Kasih sayang antara Fuad dengan Sofia terhalang setelah mengetahui bahawa mereka sebenarnya ialah adik-beradik.  Begitu juga kasih kasih sayang antara Fuad dengan Farhana.


Watak dan Perwatakan

Watak utama - Fuad

1. Penyayang
    Fuad menyayangi Farhana dan juga ibunya.  Dia sanggup mencari kubur ibunya.  Akhirnya dia mencari ibunya setelah mengetahui ibunya masih hidup.

2. Rajin
    Fuad rajin membantu Pak Ismail dan Mak Salmah.  Dia membantu mencari kayu api di hutan berhampiran dan mengusahakan tanaman jagung.

3. Prihatin 
    Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang sakit ke Klinik Ihsan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam.

   
 Watak sampingan - Farhana

1. Penyayang
  Farhana amat menyayangi ibunya.  Dia melawat dan menjaga ibunya semasa ibunya sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

2. Rajin
    Farhana berusaha sedaya-upaya meningkatkan prestasi bahasa Inggeris murid-murid di sekolahnya iaitu SMK Sri Setia

3. Berani
   Farhana berani menegur kesilapan Cikgu Zamani dan bertengkar dengan Cikgu Zamani yang tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Latar Tempat

Wednesday, 24 April 2013

Pembelajaran & Pengajaran Karangan

Keluarga Impian Saya

Tarikh : 24 April 2013
Masa   :  1.10 - 2.30 petang
Tingkatan :  4 PD
Aktiviti :

1. Menyatakan pendapat secara individu
2. Menghuraikan isi karangan
3. Memberi komen tentang pandangan orang lain









































Kelebihan kaedah ini:
1.  Penglibatan pelajar 100%
2.  Pelajar lebih yakin menyuarakan pendapat
3.  Pelajar sangat seronok


Tuesday, 23 April 2013

Pembelajaran & Pengajaran Komsas

Pesta Jualan Buku Kelas 5PA 2013

Tarikh :  23 April 2013
Masa : 12.30 hingga 1.50 tengah hari
Tajuk : Cerpen Tingkatan 5
Aktiviti:
1.  Mereka cipta buku cerita kanak-kanak berdasarkan cerpen yang dibaca
2.  Mempromosikan buku tersebut dalam Pesta Jualan Buku





Kumpulan 1













Kumpulan 2

















Kumpulan 3











Kumpulan 4















Kumpulan 5











Kumpulan 6












Kumpulan 7












Kumpulan 8










Kumpulan 9












Wajah-wajah Ceria Penawar Hati Saya