Wednesday, 29 May 2013
Sunday, 26 May 2013
Apa-apa jua yang berlaku atau terjadi pada hari ini tak pernah terfikir dan di luar jangkaan kita sama sekali. Pagi ini saya menerima sapaan manis daripada seseorang. Segera terimbau segala kenangan yang telah berlalu sekian lama. Di hujung talian tutur katanya masih sopan dan jelas sekali rasa hormatnya pada saya walaupun beliau lebih dulu merasai asam garam hidup. Guru Al-Qur'an anak-anak saya.
Thursday, 23 May 2013
Majlis Persaraan Encik Woon Kheng Sin
Seorang lagi, guru SMKTSK telah purnabakti mulai hari ini. Saya dapat rasakan gembiranya beliau kerana jelas terpancar pada riak wajah dan senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya. Dalam usia 58 tahun guru ini masih sihat dan sentiasa tenang. Tak pernah tinggi suara dan amat popular dalam kalangan pelajar. Setiap kali kemunculan beliau di pentas, sorakan gemuruh pasti mengiringi langkah beliau. Selamat bersara Encik Woon. Semoga gembira dengan hobi cikgu yang suka melancong.
Wednesday, 22 May 2013
Bingkisan sayang daripada Norliana buat Syed Zaidi
Norliana binti Bassir dan Syed Zaidi bin Syed Ibrahim
Sabtu, 25 Mei 2013
No. 15, Jalan 5/12 Taman Sri Kluang
Dalam kesibukan saya, akhirnya siap juga. Leganya. Inilah hasilnya:
Sabtu, 25 Mei 2013
No. 15, Jalan 5/12 Taman Sri Kluang
Dalam kesibukan saya, akhirnya siap juga. Leganya. Inilah hasilnya:
Tuesday, 21 May 2013
Duhai hati
Ya, Allah, Ya Tuhan, di mana harus saya letakkan diri ini. Pada waktu dan tika ini saya bagai kerdilnya kiambang di kolam. Akarnya panjang namun tak jejak ke bumi, kembangnya tinggi, namun tak bisa menggapai awan. Sekali lagi pawana bakal membadai ketenangan pelayaran bahtera hidup saya kali ini. Saya yakin dengan rahmat dan belas kasihan daripada-Nya, saya mampu melangkah di bumi ini seorang diri. Hebatnya saya bergelut dengan himpitan masalah, hinaan dan cacian suatu waktu dahulu, mungkinkah bakal berulang lagi dan lagi...
Sunday, 19 May 2013
Friday, 17 May 2013
Izyan Hayati (Perhiasan Hidupku)
Subscribe to:
Posts (Atom)


