Mengenali Puan Norzita, seorang peguam di sebuah syarikat guaman di ibu kota membuat saya teringat kenangan lima tahun yang lalu. Waktu itu Izyan dan Hizreen belum lagi saling kenal. Mereka sama-sama mendaftar sebagai pelajar baru di Desa Tun. Wanita cantik dan bergaya ini begitu peramah dan mudah mesra rupanya. Sesuatu yang membuat saya insaf, wanita ini begitu berbudi bahasa. Terima kasih Ibu Hizreen. Pertemuan lewat petang itu menambah koleksi sahabat baik dan menambah semerbak wangi taman hidup saya.
No comments:
Post a Comment