Saturday, 24 August 2013

Pertemuan yang penuh kesyukuran di Aidilfitri

Syukur melihat kebahagiaan pasangan ini.
Sahlina Mohd Shah bekas murid saya yang sangat gigih dan suaminya Ustaz Aziz

Syukur pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama mereka
menjelang sepurnama lagi

Syukur ukhuwah antara kami terjalin kembali 

Syukur kerana Sahlina merupakan seorang guru seperti saya

Syukur, Cikgu Sahlina ini merupakan guru Bahasa Melayu



Buah tangan daripada Sahlina yang manis

Indahnya kehidupan yang penuh likuan dan warna-warni
seperti cantiknya kek ini

Aku, dia dan coklat


Sabtu yang syahdu ini saya menerima bingkisan yang sangat mengilhamkan.
Coklat!
Bukan sekali, tapi dua dan bukan sebungkus tapi lebih daripada itu!
Ya, Allah.
Apa lagi yang mampu saya ucapkan kepada pengirimnya
 selain terima kasih dan 
mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat..

Merdeka Raya 2013


Hasil kerja guru-guru Pendidikan Seni Visual SMKTSK

Kumpulan Marhaban
Sketsa Merdeka Raya

Santai menikmati juadah Hari Raya

Pilihlah juadah kesukaan masing-masing

Perpaduan kaum matlamatnya

Macam-macam biskut raya ada di sini

Anika muruku dan kerepek  dapatkan di sini pula