Saturday, 28 September 2013

Hari Graduasi STF 2013


Ke Desa Tun melangkah pergi
Hari Graduasi anakanda puteri

Wahai anakanda Srikandi Tun Fatimah
Ilmu dicita tak pernah mengalah

Lima tahun bakal berakhir
Moga kecemerlangan di Desa Tun terukir

Lima tahun hampir berlalu
Kau hadapi suka, duka dan sendu

Kaulah srikandi harapan bangsa
Jaga dirimu berakhlak mulia



Seribu kenangan tetap bersemi
Sebagai coretan di kanvas nurani

Jadi kenangan terpasak kukuh
Seperti kebun berpagar duri





Puan Hajah Kamisah binti Aziz -Pengetua Sekolah Tun Fatimah

Puan  Nurul Mahani - Presiden SRIKANDI - Alumni STF

















Selamat tinggal Desa Tun tercinta
Selamat tinggal guru mulia
Selamat tinggal duhai adinda
Dengan ucapan, terima kasih semua

Friday, 27 September 2013

Seminar Hikmah YPJ





Bingkisan Hati


Puan Amutha kata, " Mentang-mentang pakai baju cantik,
tudung cantik hari ini, bungkusan dia dapat, 
sebab sayang ada orang patah balik hanya untuk ambil surat dia.  
SEMUA DIA..."
( Saya balas dengan ketawa dan penuh kesyukuran )


Tiada perkataan yang indah untuk saya ungkapkan,
 kepada pengirim bingkisan ini,
 selain ungkapan terima kasih. 
 Pemberian yang sungguh bererti.  
Semoga Allah melimpahkan kebaikan kepadanya. 
Jannah tempatnya dan tercapai segala hajatnya.
Jumaat, Penghulu Hari yang sangat INDAH...