Monday, 17 December 2012

Ziarah ke Kota Singa



Hasrat untuk membawa anak-anak ke bumi Temasik yang kini dikenali sebagai Singapura akhirnya tercapai. Setelah puas duduk di rumah sepanjang cuti persekolahan kerana saya mesti fokus kepada kerja-kerja pemeriksaan.  Saya memilih Universal Studios Singapore sebagai destinasi pertama di bumi yang dahulunya sebahagian daripada  negara kita Malaysia.  Saya menyertai lawatan sehari guru-guru SMK Taman Kluang Barat, Kluang pada Sabtu, 15 Disember 2012, bersama BERJAYA88TRAVEL.  Bas Pelancongan Kwok Ping Travel & Tours Sdn. Bhd membelah kesyahduan pagi seawal jam 6.30 pagi.

Selepas berhenti menikmati kudapan di Gelang Patah kami merentas Tambak Johor.  Selesai urusan pemeriksaan imigresen, kami terus menyusuri negara yang indah dan sangat terpelihara kebersihannya ini sehinggalah sampai ke destinasi tujuan dengan perasaan yang sangat teruja.  Satu hal yang menarik perhatian saya ialah kecantikan dan kebersihan setiap inci buminya.











Banyak tempat menarik yang kami jelajahi di Kota Singa ini.  Antaranya:

1     MADAGASCAR

Di sini kami dibawa menaiki bot untuk mengembara dan mengenali watak-watak dalam filem Madagascar iaitu Alex, Marry, Melman dan Gloria.  Situasi di sini sangat menarik tetapi sayang kami dilarang merakamkan sebarang gambar.







2     FAR FAR AWAY

Seterusnya, kami menjejak kawasan Far Far Away selepas menaiki roller coaster.  Di sini kami berpeluang menyaksikan Sherk 4-D Adventure dengan melihat, mendengar dan merasai pengalaman sebenar pengembaraan Puteri Fiona dan Shrek.  Seterusnya, kami dibawa melihat penggambaran sebenar adegan pertempuran di laut di panggung yang begitu unik binaannya.









3     THE LOST WORLD

The Lost World membawa kami ke Jurasic Park Rapids Adventure.  Kami dibawa menyusuri sungai yang penuh cabaran dengan 'river rafc ride' melalui kawasan habitat dinosaur.  Di sini kami diingatkan supaya memakai baju plastik kerana kemungkinan besar kita akan disimbah air.









4     SESAME STREET


















5     ANCIENT EGYPT

Ancient Egypt menghidangkan pelbagai replika binaan yang terdapat di Mesir yang membuatkan kita terasa benar-benar berada di negara Timur Tengah itu.











6      NEW YORK

New York merupakan jalan raya yang ditutup pada setiap hari Sabtu dan kawasan lapang di sekitarnya  menjadi tumpuan pelancong.  Pelancong berpeluang menyaksian persembahan tarian moden oleh sekumpulan pemuda.  Persembahan mereka sangat menghiburkan dan memukau.  Komitmen pelancong juga sangat baik terutamanya pelancong dari Indonesia.








































Saturday, 13 October 2012

Darmawisata ke Medan, Indonesia


Hasrat hati saya untuk melancong ke luar negara akhirnya tercapai.  Tidak jauh tetapi memadai buat yang pertama kali.  Saya sebenarnya telah memecah tradisi dan meleraikan ikatan prinsip hidup saya.  Sebelum ini saya tidak akan berpergian tanpa suami di sisi, namun era globalisasi kini, telah memberi saya satu paradigma baru.  kebergantungan kepada sesuatu tidak akan memberi keuntungan kepada pembangunan diri dan minda saya. Lantas saya sertai rakan-rakan mengumpul pengalaman dan mengutip sebanyak mana ilmu dan kenangan di rantau orang.  Destinasi pertama saya ialah Medan, Indonesia bersama-sama rakan Panel Perunding Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Menengah) Negeri Johor.  Saat liburan dari 10 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012 sungguh menceriakan.

10 Oktober 2012 ( Rabu )

Rakan saya dan suaminya mengambil saya di rumah tepat jam 10.00 malam.  Seawal jam 10.30 malam kami telah berada di Tol Ayer Hitam untuk menunggu bas yang bergerak dari Pusat Kokurikulum Johor Bahru yang dijangka sampai pada jam 11.15 malam.  Perjalanan diteruskan ke LCCT Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

11 Oktober 2012 ( Khamis )

Rombongan kami tiba di LCCT pada pukul 2.45 pagi.  Keterujaan untuk ke Medan membuat rasa mengantuk saya sirna walaupun terpaksa melepak menantikan waktu Subuh menggamit kami.  Setelah selesai solat Subuh dan sarapan di Marry Brown, kami dibenarkan 'check in'.  Tepat jam 8.30 pagi kami berlepas dengan pesawat QZ 8051 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan Indonesia.

Di LCCT














Pertama kali menaiki pesawat membuat saya dan sahabat saya agak gementar juga.  Sahabat saya menutup mata menahan rasa cemas mungkin.  Kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia. Medan pada pukul 9.50 pagi.






Sebaik sahaja tiba, kami disambut oleh Bapak Mahmud Budiman Amd, Par wakil agen pelancongan Mutiara Holidays dan pembantunya yang comel dan genit iaitu Melda Risdayanty yang akan menguruskan kami sepanjang berada di Medan.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan




Dengan ucapan selamat Horas! Horas! Horas kami dibawa dengan bas pariwisata Mutiara Holidays ke SMA Muhammadiyah 2, Medan.  Di sini kami telah disambut dengan penuh kemesraan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut.  Kedatangan kami telah dialu-alukan dengan persembahan tapak suci (silat) sekolah tersebut yang telah menempa pelbagai kejayaan di Indonesia.  Kami telah diraikan dalam satu majlis ramah mesra yang diisi dengan ucapan ketua rombongan kami Tuan Haji Mohd. Noor bin Abdullah dan Bapak Kepala Maulana  Malik Muttaqin (M.A).  Menurut Bapak Kepala Maulana Malik Muttaqin (M.A) sekolah tersebut walaupun serba-serbi kekurangan dari segi prasarana tetapi tahap pencapaian akademik dan kokurikulum sangat baik terutama dalam aktiviti tapak suci iaitu (silat)  dan  lomba  paduan  suara  
( Pertandingan Koir).  

Majlis diakhiri dengan ucapan Pegawai Pelajaran iaitu Bapak Hermanto dan pertukaran cenderamata.  Kami berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang kami perolehi sebagai guru di Malaysia berbanding dengan guru-guru di Medan.  Mereka hanya mendapat bayaran sebanyak 300 rupiah  sebulan.  Kami telah dibawa melawat ke kelas-kelas untuk menyaksikan sendiri proses PdP dijalankan.  Kenangan di SMA Muhammadiyah kami tinggalkan berbekas di hati tepat jam 12.00 tengah hari.

Di SMA Muhammadiyah 2, Medan


























Perjalanan kami ke Danau Toba diteruskan.  Perjalanan dijangka mengambil masa 2 hingga 3 jam.  Kami dijangka sampai pada lewat petang.  Di sana nanti kami dapat menyaksikan keindahan mentari terbenam.  Tidak sabar rasanya hati.  Kami singgah makan tengah hari di Restoran Simpang Tiga, Perbaungan tepat jam 2.00 petang.  Masa ini perut memang tengah lapar sangat-sangat.  Kami dihidangkan dengan masakan padang.  Habis, bersih dan licin semuanya.

Di Restoran Simpang Tiga Perbaungan


Setelah tuntas menunaikan solat Zohor, kami meneruskan perjalanan.  Bas kami melalui Pekan Deli dan Pekan Tebing Tinggi yang terkenal dengan lemangnya yang enak.  Bandarnya cantik dan bersih.  Pada pukul 4.45 petang kami tiba di Pekan Sri Siantan yang terkenal dengan roti ganda.  Di sini kami dibawa  ke Faten Shop yang menjual pelbagai jenis kacang, dodol dan bepang.  Namanya pelik iaitu teng teng, ting ting, tang tang, tong tong, pang pang dan ping ping.  Saya membeli sedikit oleh-oleh di sini untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Di Faten Shop


Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong kami, Pak Mahmud tak henti-henti bercerita, sesekali menyanyi dan memberi penerangan tentang Medan.  Sebuah lagu yang menyentuh hati kami ialah lagu yang ditujukan khas untuk guru-guru.

Terpujilah wahai engkau
Ibu bapa guru
Manusia akan terus hidup
Dalam sanubari
Dariku
Prasasti
Engkau bagai pelita dalam kegelapan
Engkau laksana pahlawan bangsa
Tanpa tanda jasa

Menurut Pak Mahmud masyarakat Batak amat menghormati ikan tilapia merah atau ikan emas kerana ikan ini dianggap bertuah.  Mereka juga amat menyukai warna hitam, putih dan merah.  Semasa menyusur jalan ke Danau Toba pandangan saya terpaku pada papan tanda di pagar sebuah sekolah, "I Shame If I Late"

Lewat jam 6.30 petang, kami meyusuri jalan di pinggir Danau Toba.  Indahnya ciptaan dan anugerah Ilahi.  Danau Toba sebuah kawah gunung berapi yang terbesar di dunia, sepanjang lebih kurang 100 km dengan keluasan 30 km.  Menatap keheningan daerah ini hati saya berbisik, ternyata damai itu indah.


Di Danau Toba Perapat Cottage




Saya menginap di 1222 Danau Toba Parapat Cottage.

Makan malam kami disediakan di Restoran Danau Toba Cottage yang berdinding cermin dan di kelilingi kolam renang yang tenang.  Sayangnya hujan menghias malam itu dan saya agak kecewa kerana tidak dapat menghantar sebarang khabar buat orang tersayang di tanah air.


12 Oktober 2012 ( Jumaat )

Seawal jam 6.45 pagi saya dan rakan sebilik sudah bangun.  Kami amat teruja untuk meneruskan aktiviti pada hari yang kedua.  Sebelum menikmati sarapan pada pukul 7.30 pagi, kami menikmati udara nyaman dan keindahan panorama di kawasan pergunungan itu.  Pelbagai ragam dan aksi telah dirakamkan sebagai rakaman kenangan yang sangat berharga.






































Ke Pulau Samosir


Lebih kurang pukul 9.15 pagi, kami menaiki bot ke Pulau Samosir.  Perjalanan yang menyeronokkan ini menuju ke Pekan Ambarita yang terkenal dengan tanaman bawang kerana kesuburan tanah hasil ledakan gunung berapi.


Perjalanan dijangka mengambil masa 45 minit sahaja.  Pak Mahmud memberitahu kami bahawa pada suatu masa dahulu ada seorang pemuda miskin yang kerjanya memancing ikan.  Satu hari dia mendapat seekor ikan yang sangat kecil. Ikan itu merayu supaya tidak menangkapnya dan berjanji akan menuruti segala perintah pemuda tersebut.  Ikan itu telah menjelma menjadi seorang puteri dan sanggup berkahwin dengan pemuda itu dengan syarat pemuda tersebut tidak memberitahu asal usulnya ialah seekor ikan kepada sesiapa.      
Suatu hari anak mereka yang sepatutnya menghantar makanan ke ladang telah makan makanan tersebut.  Bapanya sangat marah dan tersebut, "dasar anak ikan".  Puteri itu menjadi ikan semula dan menangis.  Air matanya telah menjadi Danau Toba.  Begitulah mitos asal usul Danau Toba menurut Pak Mahmud.


Di Kampung Sialagan Ambarita - Horas! Horas! Horas!




















Di Pekan Tomok



















Di Simarjajunjung





























Di Air Terjun Si Piso Piso


Di Brastagi














































Di Restoran Lubuk Idai


Di Garuda Plaza Hotel


Di Restoran kotaraya, Hotel Tiara



















Di Butiq Muslimah















Di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia


Hasrat berpergian ke tempat orang terlaksana sudah.  
Namun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Tukaran wang RM dengan Rupiah

3000 - 1.00
10000 - 3.18
20000 - 6.36
30000 - 9.54
40000 - 12.73
50000 - 16.00
60000 - 19.00
70000 - 22.00
80000 - 25.00
90000 - 28.00
100000 - 31.00
200000 - 63.63
250000 - 80.00
300000 - 95.00
350000 - 111.00
400000 - 127.00
430000 - 136.00
450000 - 143.00
500000 - 160.00